Saturday 10 November 2012

Tuhan Jagakan Dia Untukku. :'(

       Malamku sunyi sepi tanpamu disisi,, kerinduan semakin menebal dihati. Setiap kenangan bersamamu sentiasa segar diingatanku, kerana ianya tidak akan luput dari ingatanku. 

      Setiap detik pertemuan bermula dari perkenalan kita yang pertama sehingga kita berpisah,, tidak pernah kulupakan. 

     Aku amat merinduimu,, dulu disaat aku sunyi, engkau yang menemaniku, disaat aku patah hati, engkau yang memberi kata-II semangat untukku. 

     Disaat aku sedih, engkau yang menghiburku, disaat aku gembira, engkau yang tersenyum untukku. 

     Kini semua itu tiada lagi, engkau telah menemui cinta yang lain dan telah melupakan diriku. 

     Hanya aku yang sentiasa mengingatimu, sedangkan engkau berbahagia bersamanya. :'( mungkinkah ada lagi ruang dihatimu untukku kembali. 

     Mungkin itu hanya mimpi bagiku. Kau dan Aku tidak mungkin bersatu kembali. Tak mengapa,, jika engkau bahagia, aku juga turut bahagia. aku berdoa kepada tuhanku supaya sentiasa menjagamu walaupun engkau bukan disisiku lagi. 

     Tuhan,, jagakan dia untukku. :'( Sehingga kini aku masih lagi menyayangimu. <3

No comments:

Post a Comment