Thursday 15 November 2012

Player favourite aku. :)

Baddrol Bakhtiar dan Badri Radzi,, takkan korang tak kenal diorang ni. sape yang memang minat bola mesti kenal diorang ni kan. hehe. Diorang ni pemain bola sepak pasukan kedah dgn kelantan,, btw dua2 ni kapten tau. Aku walaupun perempuan tp aku minat sgt dgn bola sepak sejak aku tgk SEA GAMES 2011 yang malaysia lawan indonesia tu. Aku tgk Baddrol Baktiar pandai mengendalikan anak2 buah die dan sepakan penalti die yang maut tu lah yang meletakkan malaysia jadi JUARA SEA GAMES masa dekat stadium gelora bung karno tu. hehe. kat sini aku nak cerita sikit pasal biodata diorang.

 haa yang kat atas ni gambar baddrol bakhtiar atau lebih mesra dipanggil 'BADD'. hehe. aku amek dari fb je. :) Die ni asal orang sarawak tp mak dgn ayah die berpindah ke kedah and menetap kat situ ,, soo die ni kira jadi anak jati kedah lerr. tarikh lahir die 1/2/1988. Bermain bola di posisi midfielder,, no jersi die dalam pasukan kedah ialah no '7' ,, kalau dalam harimau malaya no jersi die ialah '23'. kalau nak tau die ni pernah dapat anugerah pemain tengah terbaik tau. hebat kan2. Die juga kapten pasukan kedah. :) dan kapten pasukan harimau muda under 23 tahun masa sea games 2011. Die juga ade gelaran sendiri yg peminat die bg iaitu 'KAPTEN MARVEL' ,, tu kat gambar tu ade tulis. haha. Die ni player favourite aku lah,, setiap kali die ade game,, mesti aku tak lepas tgk,, haha rasa nya cukup lah dulu pasal baddrol bakhtiar ni. :)

okay,, yg ni pulak Badri Radzi,, tp selalu nya orang panggil die dgn panggilan 'PIYA' je. senang dan ringkas kan. haha. sumber gambar die dar fb juga. hehe. Die ni memang anak jati kelantan.Tarikh lahir die 2/6/1988.Bermain pun sama mcm Baddrol Bakhtiar jugak di posisi midfielder. No jersi die dalam pasukan kelantan ialah '16' . Die juga adalah kapten pasukan The Red Warrior(TRW),, die ni jadi kapten untuk 3 game kelantan dan team kelantan menjadi juara ketiga2 game tersebut iaitu piala FA,, piala liga super dan piala Malaysia. wahh hebat2. triple tu. haha.Die ni juga player favourite aku. :D 

okay lah dah habis pun aku introkan dua orang player malaysia yang jadi idola aku. Tak salah kan kalau aku minat dekat player2 ni. bukan nye aku jejaskan prestasi permainan diorang pun. Aku minat pun sebab diorang ni pandai kendalikan pasukan2 masing2,, tu je actually ramai lg yg minat diorang ni,, bukan nye aku sorang. So sokong lah player2 Malaysia ye. :) kat bawah ni gambar diorang aku satukan. hehe. sorry kalau tak cantik. :)

No comments:

Post a Comment