Saturday 31 August 2013

First Merdeka with him ;)

     Hai, for the first aku nak ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-56 untuk tahun ni. MERDEKA !! hihi actually aku nak cerita hari ni, pada 30/8/2013 hari tu mase mlm merdeka, my syg bwk aku pg tgk bunga api dekat putrajaya. Tp yang pelik nye selalu bunga api akan meletup masa tepat pukul 12 tgh malam kan tp ni lain pulak , pukul 12.20 mcm tu kot baru dorang letupkan. Hahaha orang semua dah exited giler dah dgn fone semua nak rakam bunga api tu. spoilll nye . :D

     Masa tepat pukul 12 tgh malam tu bunga api tak meletup kan, syg mcm sedih je sbb die niat nak bawak aku tgk bunga api tp kitorang ingat bunga api takde, die mcm sedih je. ciannn an .T_T Last-2 bunga api tu pukul 12.20 rupenye . hohoho it's okay yang penting dpt tgk bunga api masa mlm merdeka sbb sebelum ni aku tak pernah tgk pun sbb takde sape nak bwak. :( Tp ni lah untuk kali pertama nye aku pg dgn orang yg tersyg pulak tu and cantik and kreatif sgt letupan bunga api tu . hehe bermakna tau. Hmm mse tu aku tgk enri happy je, aku pun happy jugak. :)
     Masa mlm tu enri ade cakap 1 benda, die ckp mcm ni haa, "syg, contoh kan kalau kite putus, mesti sedih kan. Dah lah 1st time sambut merdeka same-2 :(" . Eeeeeee aku tak suka laa cakap psl putus, :( aku cakap balik dekat die supaya jgn fikir and jgn mintak mcm tu jd. sayang die . :'( pastu die ckp lg contoh je. Aku tetap tak suka walaupun 'CONTOH' .
     Lepas habis tgk bunga api tu  kitorang pg makan mcd kat kajang, mata aku rasa mcm dah berat-2 dah, mengantuk bhaiiii . -,- dah lah dalam mcd tu sejuk nyee . Lepas makan mcd kat kajang, beransur laa balik ke KL balik. aku kat atas moto tu mcm nak tetido dah, dgn sejuk nye, dgn mengantuk nye. Lepas tu lepak pulak kat mcd ampang park tak salah aku kot. kat situ aku tahan je mata dari tido, enri suruh aku tido and die berjaga je sampai pagi, siann die sanggup berjaga sorang-2, so aku tak sampai hati, aku takde laa tido btol-2 just pejam mata je.
     Sampai dah pagi tu aku gerak balik hostel ambik barang-2 nak balik semenyih. Mase sampai kat hostel tu enri suruh aku pg mandi and siap elok-2 dulu and die tunggu aku lama giler smpai aku turun tu aku tgk die dah tetido atas moto. kesiann die mesti die penat sgt tp die tak sebut langsung dgn ku yg die penat or ngantok, tak merungut langsung. :( Pastu kitorang terus pg breakfast dulu kat oldtown white coffee, kat situ enri boleh tido plak atas meja tu, nmpak sgt die pnat tp time aku suruh die tido, biar aku berjaga die taknak. Then masa kat oldtown pun die letak kpale kat bahu aku and die ckp camni "kalau syg jd isteri syg kan best", die ckp camtu buat aku terharu and rasa dihargai sgt. Selama aku dgn die dah nak masuk 4 bulan die layan aku dgn baik sgt-2, tak pernah marah aku, setia dgn aku, jujur walaupun kadang-2 die slalu dtg lmbat. Aku marah die pun die diam tak lawan pun buat aku rasa bersalah plak marah-2. :(
     Aku tak pernah jumpe lelaki sebaik die, penyabar and tak pernah berkira dgn aku sikit pun. Aku rasa beruntung sgt dpt die and aku harap sgt-2 aku dgn die kekal selamanya. sampai bila lg aku nak couple break je kan, takkan taknak cari calon suami pulak. >< umur makin lame makin meningkat, takde mase nak main-2 dah. Aku sayangggg die sgt-2 and aku pun harap die rasa sama mcm ape yg aku rasa. 

#Hargai lah seseorang yang kita kasihi sewaktu dia masih mampu bergelak ketawa bersama kita, jangan lah disesali bila dia sudah tiada nanti. #Take A Note

Thursday 29 August 2013

Semester 2 bermulaaa .... ;D

        Hai, assalamualaikum. Hari ni nak citer pasal kolej lagi . :3 Pada 19 ogos 2013, aku dah naik sem 2 belajar kat kolej YPC ni , rse mcm baru sehari je masuk kolej ni padahal dah nak masuk 4bulan dah . moga-2 cepat lah au abis foundation and tamatkan degree dgn baik . :) tak sabauuu nye nak konvo nanti . :D lagi 4 tahun . hahaa *citer mcm lagi seminggu nak gredd .* :P hmm tp aku rasa mcm masuk sem 2 ni makin susah plak subject die . :3 Btw setakat ni aku boleh bawak agy subjek lain and lecture pun okay just aku paling tak suka and tak faham ialah lecture business communication . alaaaa die ajar tak faham langsung , mcm syok sendiri je . eeeee benci arh , better miss puvana yang ajar . :( mr.pak yg ajar laju tu pun atleast boleh jugak faham tp ni emmm satu hapak pun tak faham . -,- aku harap sem 3 nanti dpt laa lecture yg okay daripada yang sem 2 ni . 

        Ape agy eh nak citer aku pun tak tau . Haaa , sem 2 ni kelas aku FBZ 1343P gabung 4 kelas FBZ 1341P, 1342P and FBM 1341P perhhhh memang packkkk and full giler kelas , aku tak selesa belajar ramai-2 mcm tu  better die buat satu-2 kelas mcm sem 1 dulu . Dah laa dalam keas tu majority cinaa. -,- budak melayu bape kerat je lahh, and yang penting budak-2 laki kelas aku memang stay kan perangai membahan orang tak sudahh . haisshhhhh . ape nak jadi ni . ;D hahaha ape-2 pun lantak lah dorang tu . Atleast jangan bahan-2 aku dah lah . :)

Monday 5 August 2013

Semester 1 tamat !!!!!!! :)))

      Hai assalamualaikun . Hari ni aku nak citer pasal ape erk ? hmm , haaa aku nak bagi tahu yang aku dah tamat belajar untuk semester 1 . :) ehhh dah tamat dah sem 1 ?? padahal baru belajar dalam tempoh 3 bulan je . cepat kan , hihihi aku foundation , memang cepat laa . Legaa aku dah habis 'FINAL' exam minggu lepas . Exam die perhhhhh susahhh nyee  @_@ , aku ambik account , aku  dah lah takde basic account , nasib baik lah boleh bawak sikit-2 . 

     Hmm lepas habis sem 1 , aku dapat cuti raya 2 minggu . Alaaaa 2 minggu jugak lah tak dapat memekak dgn member kolej kelas FBI 1343P dgn FBZ 1343P yang giler-2 tu . hehe , :D Haisssshhh . takpe zai , 2 minggu je pun . ;) Anyway lepas habis last exam hari jumaat hari tu , kami ada majlis iftar sama-2 dekat sungei wang . Aku rasa member-2 kolej aku ni tak kira dimana berada , mulut dorang ni memang suke bahan orang (termasuk aku jugak) hahaha . :D Papepun dah masuk 3 bulan kenal and berkawan dgn dorang , dorang memang kawan yang sporting dan best . 

      Nanti lepas naik cuti raya , kelas FBI dgn FBZ maybe akan berpecah , dah tak sama dah . :( Alaaaa , mesti ada yang kurang dalam geng kami . :( Tak suka arhh cenggini . Nape pisah , nape pisah . ??? :'( Semua kenangan sem 1 start dari mula-2 masuk kolej teknologi YPC iT-WEB , time tu sorang2 takde kawan , malu-2 (bwekkk malu sangat) , sampai lah dapat kawan baru and rapat dengan dorang , belajar same-2 , kadang-2 bahan lecture same-2 (budak laki je) hahaha , semua tu aku takkan lupa . ;') 

      Kalau member aku tak lupa , lecture-2 aku pun mesti lah aku ingat jugak , miss lala , miss puvana (miss yg slalu kene bahan) , miss vicky , miss azira , miss suhaila and mr.pak ( mr.pak ni plak sir yg paling slalu kne buli , haha orang die dah tua and kecik je) hahahaha . <--- ni semua nama-2 lecture aku untuk sem 1 . :) saje je tulis , sebab sem 2 nanti mesti dah tukar lecture lain kan . hmm .

    Aku rasa tu je kot yang aku nak citer , nanti pape hal or ada cerita baru , aku update lagi okay . ;) opsss nak bgthu aku dah pindah hostel , kat plaza pandan , hmm hostel die eeeeeee seram gilaaa bhaii , bangunan lama . Asal laa madam jenny tu letak kitorang kat tempat mcm tu . :( Aku harap harap harap sangatttttt dapat keluar dari tempat tu , lain mcm je aku rasa kat tempat tu .
     Okay lahh , challow bettehh . boboiiiiii . ^,^V

Monday 8 July 2013

Nukilan Diriku :')

            Hai assalamualaikum . Setiap manusia itu diciptakan berpasangan lelaki dan perempuan . Setiap manusia juga mempunyai perasaan untuk bercinta diantara satu sama lain . Setiap manusia juga telah allah berikan jodoh iaitu cinta sejati cuma kita tidak tahu siapa cinta sejati kita . 

            Bukti sebenar cinta itu apabila menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan agar dia rasa terselamat dan terhormat , contoh nya -: 

           disaat kita ingin melepaskan seseorang , 
       ingatlah disaat kita ingin mendapatkan nya dahulu .
              disaat kita tidak merindukannya , 
    ingatlah disaat pertama kali kita melafazkan cinta padanya ,
            disaat kita mulai bosan dengan nya , 
        ingatlah saat-saat indah ketika bersamanya .
      bicara lah dari hati , maka ia akan jatuh kehati .

        Memang tak ada kisah yang sempurna , tetapi allah selalu memberi kasih yang sempurna , pada setiap kisah kita , dan kita melihat betapa indahnya kisah orang lain , sesungguhnya kita mampu membuat kisah kita lebih indah dari oarang lain . :)
       Cinta dan rindu itu bermula dari kisah adam dan hawa , dikisahkan oleh yusuf dan zulaikha , diabadikan oleh syah jehan dan mumtaznya , diperikan pula oleh romeo dan juliet ,diceritakan oleh rama dan sita , dilakonkan oleh laila dan majnun , dan kini kita pula yang meneruskannya . :')
       Kadang-2 allah jauhkan seseorang itu dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita , dengan itu berhentilah mengejar nya , mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita dan perlu ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat .
       Seuntai 'kasih' membuat kita 'sayang' , seucap 'janji' membuat kita 'percaya' , sekecil 'luka' membuat kita kecewa , tetapi sebuah 'percintaan' selamanya bermakna .
       Aku akan tetap ketawa walaupun sebenarnya hatiku perit dan mataku nak menangis , aku akan tetap senyum walaupun aku telah kecewa , aku akan tetap kuat walaupun sebenarnya aku dah tak sanggup , tapi yang penting aku tetap sabar walaupun hatiku lemah dan terluka . :')


                                                 *Zaidatul Aini*

Tuesday 2 July 2013

KOLEJ TEKNOLOGI YPC iT-WEB :)

      Halloooo !!! i'm here back . Aku rasa dah lamaa gilaaa tak update blog ni walaupun memang banyak cerita nk tulis tp malassss je . huhuhu . -,- aku mcm tak berapa nak active blog sangat laa sekarang sebab dah study and terlampauu buzy gilaaa . Nasib aku tak gilaa . :D Pada 20 may 2013 , aku telah mendaftarkan diri di kolej teknologi YPC iT-WEB *haaa penuh-2 nama kolej tu aku taip* . :P Aku ambil cost faoundation in business to degree . Actually aku dah sebulan dah kat kolej ni, baru je update . haha . Entah ape mimpi tah malam ni tetiba nak update blog. *pape tah kan*. Tahu takk boringg gilaa kalau belajar dengan bahasa inggeris ni , majority semua subjek berbahasa inggeris . *what this* --".

      Nasib baik laa aku faham gak sikit-2 bahasa inggeris ni , kalau tak ape jadah lecture cakap pun aku tak tau . hmm . Baru 2 minggu masuk kolej dah dapat assigment , ohh shitt . Dah laa aku tak tau nak buat mcm mana , taram je laa mana yg boleh buat tu . Nasib baik membe-2 ramai ajar , yang aku takot tak boleh score subjek principles of accounting and business statistics . Gilerrrrr susahhh , disebabkan ni lahh aku benci gilaa dengan math . huh dengan assigment belambakk , dengan pelajaran semuaa kene rush , exam mid term dgn result yg boleh membuat mata aku banjir *menipu je banjir* haha . memang aku stress gilaa . 

      Kalau tau lerr mcm ni , baik aku ambik graphic design mcm abg aku je . lullll . -,- tpp takpe la , kalau dua-2 ambil bidang same pun tak best jugak , mostly aku dpt cuba benda baru , and insyaallah aku cuba untuk bawak cost ni dengan baik dan cuba dapatkan markah untuk final exam sem 1 yg lagi 3 minggu ni *mampus aku* T_T....... TAKPE ZAI BOLEHHH !!!!! yang penting , 'semangat dan usaha'. chaiyokkkk chaiyokkk , hihi okaylah setakat ni dulu alkisah me gadis bintang , chau chin chauu . bye-2 . ;)

gambar ni gambar aku dengan "BUBU" iaitu teddy bear kesayangan aku . omeyyy kan . :* sayang sangat dengan bubu sbb selalu lepas aku balik kolej mesti cari bubu dulu . bubu selalu teman aku tido and time aku sedih dan gembira . ;)

Saturday 25 May 2013

Dear Awak ,, Muhammad Enri . :)



        Hai , assalamualaikum . Masa aku menulis entry ni hati aku rasa happy sangat . haaa nak tau nape .. ?? because selepas 3 tahun aku menyepi diri and lebih senang citer aku berstatus SINGLE laa . pada 21/5/2013 ,, seseorang ni dah berjaya buat aku bukak semula pintu hati aku untuk bercinta balik .

        Dulu nyaa aku dah putus harapan dan susah nak terima mana-2 lelaki dalam hidup aku sbb aku dah terlalu sakit hati dgn perangai lelaki yg selalu mainkan perasaan perempuan ni . Tp sorang lelaki ni dah berjaya cairkan hati aku dan buat aku hilang semua kesedihan yg selama ni aku pendam . :) nama lelaki ni ialah Muhammad Enri . dia lahh lelaki yg aku maksudkan ,, die ni baikk sgt . Walaupun aku baru kenal die dalam tempoh lebih kurang 3 ke 4 bulan mcm tu ,, dari perangai die aku tau die ni baik sgt . >_< die penyayang dan selalu tolong mak die . 

        Hmmm nak tau mcm mana aku mula-2 kenal dgn die . Ok ,, cerita nye bermula masa tu aku beli lunch break dkat kedai mak die,, and die tegur aku . die maybe pelik kot tgk aku tetiba pakai spec ,, haha sebab sbelum ni tak pernah nmpak kot . soo dah lame-2 die slalu bawak adik die yg kecik skali tu ,, nama die haris ,, haris tu comelll . hehe . Masa tu jugak kami borak-2 and bual-2 ksong je . Pada 15/5/2013 ,, aku keluar pg main bowling dgn enri and membe enri , zaimee . bestt sgt aku rasa hari tu and yg paling buat aku gelak tu ,, si zaimee ni masa main bowling ,, boleh pulak jatuh kat lane bowling tu . hahaha mesti die malu sgt . :D aku dgn enri punye laa tak henti-2 gelak time tu . haha ,, zaimee tu nak jadi superman sgt kan . dah jadi laaa tu . :'D  

         okay tutup cerita about superman zaimee tu . sambung balik psl enri ni . Lepas balik dari main bowling tu enri msj aku ,, and nakk tauu takk malam tu jugak kami dua-2 luah perasaan kami . tak sangka aku ingat kan aku je yg rasa selesa and happy dgn die. rupenye die pun sama jugak . :) dan lepas enri luah kan semua ,, die mintak couple dgn aku . And dgn hati yang terbuka aku terima die menjadi my new person in my heart and my life and harap sgt-2 die setia dan jaga aku dgn baik . :) Dan aku jugak harap die lahh orang yg terakhir menjadi kekasih aku untuk selamanya . :') 


                                                                          

Aku dan die tak lahh se sweet pasangan yang lain . tp.....


aku terima die seada nyaa ,, dan aku harap kami kekal sampai bilaa-2 . <3 anything happen ,, i always be with you syggg . ;*  and i hope you too .

Tuesday 2 April 2013

No Title just for fun . ^_^V

       Assalamualaikum . wahhhh rasa dah lame sangat tak menaip cerita untuk blog aku ni.hehe . buzy-2 . dengan keje lagi , itu ini semua lah . acctually aku baru lepas menerima result SPM pada 21.3.2013 hari tu . hmmm result aku ok lahh . alhamdulillah semua lulus and 5 credit je . hmm . tp takpe yang penting aku dah berusaha .now aku kerja dulu ,, dalam planning memang ingat nak sambung belajar tapi tak tahu lagi bila and dekat mana .?? NAK SAMBUNG BELAJAR tapi pening and tak tahu nak ambik kos ape . wakaka . mak aku dah berapa kali suruh aku ambik nursing tp aku ni nak jadi NURSE ,, memang tak lah kan . tengok jarum pun dah takot ,, nak jadi nurse pulak . haha .minat aku banyak dan selalu bertukar-2 fikiran . kejap nak ambik kulinari , kejap nak peguam , kejap nak designer , kejap nak itu ini . huh pening-2 . -,=

     Hmm ,, boring betul lahh . sebenarnye aku tak tahu nak update ape . hihihihihih . xD  saje suka-2 nak pegang keyboard komputer ni . zaman persekolahan aku dah tamat . Rindu pulak nak sekolah balik . tu lahh time sekolah nak keje ,, time dah keje nak sekolah balik . adoi payah . --" . Tapi aktiviti selepas bekerja ni dah berubah . kalau dulu time sekolah ,, bangun pagi--> mandi -->sarapan --> pegi sekolah -->balik sekolah --> on9 . hehe kat tempat keje plak ,, penat sangat tp bukan penat ape pun ,, penat tunggu orang je . hehe kedai baju memang tu lahh keje die kan . ngee . 

     Rasa nya tu je lahh aku nak cerita dulu setakat ni . sory mory lahh kalau tak best sebab takde idea lah nak menaip . hehe ,, saje suka-2 . ok lahh boboiiiiiiiii . ^^v

 

 Gambar hiasan je . hehehe . at bukit broga


Monday 14 January 2013

Niezam Zaidi ^_^

      Hai-2,, *lambai tangan* . Hari ni aku nak cerita pasal seseorang iaitu Muhamad Niezam Bin Mohd Zaidi atau lebih dikenali sebagai Niezam Zaidi. korang kenal tak sape die tu.die pelakon baru lahh. Tp walaupun baru,, lakonan die memang the best lahh wa cakap lu. Banyak jugak cerita die da belakon,, antaranya drama cikgu kamala,, bini-2 perkasa,, diari platun,, takdir qismah ,, filem die pulak yang paling best giler-2 filem 'BUDAK PAILANG',,dalam budak pailang tu die bawak dua watak iaitu watak nerd and watak gangster. tp kesian btol mase die nerd tu asyik kene buli je. 

      haha comel je niezam masa jadi budak nerd. time jadi gangster ,, perrhhhhh smart giler lahhh rambut punk tuu.ganas-2 . haha and ade yang terbaru filem 'Pada suatu Cinta Dahulu'. aku memang minat giler dgn die lahh.kalau boleh aku nak jumpa die satu hari nanti. ^_^ hihihi. >_< Aku akan selalu support die and semoga Niezam berjaya dalam kerjaya die. Dan paling penting kalau dah berjaya nanti ,, jangan lupa peminat ye abg niezam. ;) ok lahh sampai sini dulu aku punya cerita. ni Trenmark budak pailang 'kau laki kau pailang bak datang'. tengok trendmark pun dah pailang kan-2.huhu. bye-2 ^^V

Haaa,, ni laa gambar Niezam Zaidi. handsome kan-2. hehe. sorry lahh ambil gambar dari facebook die je. ^^V

Blog Lama Tak Update ^^V

     Hallo,, lama nyaa tak update blog ni haa. haihhh. Buzy keje je haa. Buzy dgn lesen lgi. hadoiii. 31/1/2013 ni nak test JPJ moto dgn kereta. wouuu takut-2. >_< Hmmmm,, mintak-2 lah aku lulus kan-2. Time blaja kereta tu mak aihhhh susah nyer nak blaja parking dgn 3 penjuru tu. kat bukit tak payah cakap,, mati enjin je. -,- hahaha. sebenarnye banyak kenangan nak cerita kat sini tp tak larat lorhhh nak taip panjang-2. xD   time fist day tgk budak skola pg skola,, rindu nye aku nak skola engku husain tu. huhu :') rindu cikgu dgn kawan-2,, nak lepak-2 mcm dulu. skrg semua dah buzy dgn keje masing-2. Nak jumpa pun takde masa . Bulan 3 ni nak ambik result SPM,, waaaaa lg laaa takut. agak-2 berapa A erkk. Lepas tu baru lah aku fikir nak sambung blaja kat mana lepas ni. cukup dulu lahh cerita aku ni. tak tahu nak update ape dah ni. bye-2. :)