Tuesday, 20 November 2012

Akak - akak ku sayang. :)

      Hai. Eh korang pernah ade adik atau kakak atau abg angkat tak. hehe. mesti diorang baik kan. Haha,, of course lah sbb bukan adik beradik kandung pun. Tp aku ade dua orang akak angkat yg aku sayang sgt2. diorang ni memahami aku. Kalau aku ade masalah, mesti aku akan cerita dgn diorang. LG 1 aku ni minat sgt2 dgn bolasepak and diorang pun sama jugak. 

     Opsss lupa nak perkenalkan akak angkat aku. Haa sorang ni nama die Zarimah Bt Abidin. aku panggil die ni kak Eima je. haha. Die ni peramah tau. Lg 1 kalau aku OTP dgn die,, makk aiii aku tak berapa faham ape die cakap sbb die kalau cakap laju gilerr. hahaha. kak Eima ni asal org Johor. hehe. die lahir thun 1993. haa kira sendiri ye umor die brape. Die ni minat fanatik gilerr dgn MUSLIM AHMAD tau. haissshh. Lg sorang akak angkat aku nama die Shira Shazwani Bt Salehuddin. aku panggil die ni kak sheera je. Haa die ni pun sama kalau borak dgn die mmg tak fhm sbb cakap laju sgt. hahaha. Die asal kelantan tp stay dekat shah alam. die blajar kat UITM alor gajah melaka. 

      Untung aku ade akak angkat mcm diorang ni,, sbb kan diorang ni cakap laju lah aku slalu tergelak sbb klakar sgt. hahaha. :D Aku kenal diorang ni dari FB asal nye tp rapat smpai sekarang and aku dah anggap diorang mcm kakak kandung aku sbb aku mne ade kakak,, ade abg je yg slalu sgt buli aku. -,- Kami slalu gak kongsi2 masalah dan jadi pendengar setia. huhu. Lupe nak bgthu akak sheera ni minat gilerr dgn ROZAIMI ABD RAHMAN tp mmg rozaimi tu hensem. haha. muda lg. Yang best nye kami ni satu kepala kalau cite pasal bola,, haa memang perang jugak,, masing2 pertahankan pemain fav sendiri. haha. diorang ni lah yg slalu buat aku happy. kalau aku sedih,, diorang jugak bg aku nasihat. :) Aku Bersyukur lah dapat kenal dgn diorang. kak eima and kak sheera hope hubungan kite bertiga kekal sampai bila2 eh. :') Haa korang nak tgk gambar akak2 aku ni tak. Sorry lah gambar nnty aku upload. hehe. okay lah. assalamualaikum. :) panjang cerita aku kan. haha. :D

Thursday, 15 November 2012

Player favourite aku. :)

Baddrol Bakhtiar dan Badri Radzi,, takkan korang tak kenal diorang ni. sape yang memang minat bola mesti kenal diorang ni kan. hehe. Diorang ni pemain bola sepak pasukan kedah dgn kelantan,, btw dua2 ni kapten tau. Aku walaupun perempuan tp aku minat sgt dgn bola sepak sejak aku tgk SEA GAMES 2011 yang malaysia lawan indonesia tu. Aku tgk Baddrol Baktiar pandai mengendalikan anak2 buah die dan sepakan penalti die yang maut tu lah yang meletakkan malaysia jadi JUARA SEA GAMES masa dekat stadium gelora bung karno tu. hehe. kat sini aku nak cerita sikit pasal biodata diorang.

 haa yang kat atas ni gambar baddrol bakhtiar atau lebih mesra dipanggil 'BADD'. hehe. aku amek dari fb je. :) Die ni asal orang sarawak tp mak dgn ayah die berpindah ke kedah and menetap kat situ ,, soo die ni kira jadi anak jati kedah lerr. tarikh lahir die 1/2/1988. Bermain bola di posisi midfielder,, no jersi die dalam pasukan kedah ialah no '7' ,, kalau dalam harimau malaya no jersi die ialah '23'. kalau nak tau die ni pernah dapat anugerah pemain tengah terbaik tau. hebat kan2. Die juga kapten pasukan kedah. :) dan kapten pasukan harimau muda under 23 tahun masa sea games 2011. Die juga ade gelaran sendiri yg peminat die bg iaitu 'KAPTEN MARVEL' ,, tu kat gambar tu ade tulis. haha. Die ni player favourite aku lah,, setiap kali die ade game,, mesti aku tak lepas tgk,, haha rasa nya cukup lah dulu pasal baddrol bakhtiar ni. :)

okay,, yg ni pulak Badri Radzi,, tp selalu nya orang panggil die dgn panggilan 'PIYA' je. senang dan ringkas kan. haha. sumber gambar die dar fb juga. hehe. Die ni memang anak jati kelantan.Tarikh lahir die 2/6/1988.Bermain pun sama mcm Baddrol Bakhtiar jugak di posisi midfielder. No jersi die dalam pasukan kelantan ialah '16' . Die juga adalah kapten pasukan The Red Warrior(TRW),, die ni jadi kapten untuk 3 game kelantan dan team kelantan menjadi juara ketiga2 game tersebut iaitu piala FA,, piala liga super dan piala Malaysia. wahh hebat2. triple tu. haha.Die ni juga player favourite aku. :D 

okay lah dah habis pun aku introkan dua orang player malaysia yang jadi idola aku. Tak salah kan kalau aku minat dekat player2 ni. bukan nye aku jejaskan prestasi permainan diorang pun. Aku minat pun sebab diorang ni pandai kendalikan pasukan2 masing2,, tu je actually ramai lg yg minat diorang ni,, bukan nye aku sorang. So sokong lah player2 Malaysia ye. :) kat bawah ni gambar diorang aku satukan. hehe. sorry kalau tak cantik. :)

Tuesday, 13 November 2012

Asyik kene marah je. -_-

tadi aku pergi shopping kompleks dgn family aku. ingatkan nak lah shopping2,, happy2 hari ni. tp tah ape tah mood ayah ngan mak aku asyik nak marah aku je. ade je salah aku lah. :( sedih aku. aku tak bercakap pun masa balik tu, time nak makan pun aku kene marah lagi,, adoiii tensyen lak aku. kang kalau aku balas cakap mak aku tu,, jadi anak derhaka pulak. aku taknak lah mcm tu,, soo ape yang aku boleh buat cuma bersabar je lahh. aku nanges je depan org pun. haha,, kelakar pulak bila difikir2 balik. aku ni memang jenis cepat nanges kalau kene marah dgn orang,, lg2 kalau mak aku yg marah. nanti aku akan rasa bersalah,, kalau aku marah dgn mak atau ayah aku,, marah tu cuma sekejap je. aku tak nak marah lama2. tak baik kan. :') masa kat dalam kereta pun aku pasang headset and dengar je lagu sambil nanges. pastu mak aku cakap,, 'heyyy dah besar pun nak nanges',, aku cakap balik kat mak aku,, 'alaa mak,, dah besar pun ada perasaan jugak,, dalam hati ade taman lah mak.' haha,, mak aku gelak je. pastu pg supermarket,, 'mak aku kata ambik lah ape2 makanan kau nak',, cehh mak aku ni, tahu2 je aku kalau merajuk mesti nak makanan banyak2. haha. ni lah aku,, kalau aku sedih, marah, happy, atau ape2 je mesti kene makan banyak2. haha,, sebab makan boleh hilangkan stress kan. :) lepas aku angkut makanan banyak2 dalam troli tu,, aku dah takde masam2 muka dah. haha. :D

Arwah Classmate Aku. :'(

      Hai korang, korang pernah tak teringat atau terkenang kawan2 korang yang dah takde,, maksud nye yang dah meninggal dunia. mestilah pernah kan. itulah yang aku rasa sekarang,, aku tiba2 je teringat dekat classmate aku yang baru je meninggal bulan 9 hari tu. sedihh nye aku. :'(  

    Aku dengan die tak berapa rapat tp kami dah kenal sejak darjah 2 lagi, and mase form 5 ni tetiba die pindah balik sekolah SMK engku husain,, die dapat satu kelas dgn aku. Pemergian die sangat mengejutkan aku dan semua kawan2 aku. sebab tak sampai 2 minggu sebelum die meninggal tu , aku baru je lepak2 dgn die and die sihat walafiat je. Tiba2 je pada 9/9/2012,, pagi2 tu aku on9 terus aku tgk ade orang post dekat FB yang menyatakan yang alonx khai(panggilan die yg kitorang panggil) dah meninggal. 

      Aku ingat kan org tu main2 je,, tp pagi tu dalam pukul 10 pagi,, kawan aku msj 'zai, sedekah al-fatihah,, along khai dah takde' lepas aku baca msj tu,, aku terkejut sgt. walaupun aku tak rapat dgn die tp sedih sgt sebab dah lama kan kawan dgn die and satu kelas pulak tu. Memang betul kan,, ajal maut ditangan allah. takde sorang pun yang tau bila kita akan mati. 

     Kalau lah arwah hidup lagi,, die pun akan ambil SPM satu kelas dgn aku jugak. :'( sekarang ni dah hampir 2 bulan die pergi tinggalkan dunia ni. Tp die tetap dalam ingatan kami semua sampai bila2 pun kami tetap akan ingat die. kepada semua pembaca blog ni,, tolong sedekahkan al-fatihah untuk arwah ye, semoga arwah tenang dekat alam sana. :') kat bawah ni gambar die sebagai kenangan. 

heyy yang dekat tangan kiri arwah tu kesan parut die excident tau bukan tatoo. jangan salah anggap pulak eh.


Sahabatku dalam kenangan Khairil Azhad Bin Faizul Zahri. :'(

 

Saturday, 10 November 2012

Tuhan Jagakan Dia Untukku. :'(

       Malamku sunyi sepi tanpamu disisi,, kerinduan semakin menebal dihati. Setiap kenangan bersamamu sentiasa segar diingatanku, kerana ianya tidak akan luput dari ingatanku. 

      Setiap detik pertemuan bermula dari perkenalan kita yang pertama sehingga kita berpisah,, tidak pernah kulupakan. 

     Aku amat merinduimu,, dulu disaat aku sunyi, engkau yang menemaniku, disaat aku patah hati, engkau yang memberi kata-II semangat untukku. 

     Disaat aku sedih, engkau yang menghiburku, disaat aku gembira, engkau yang tersenyum untukku. 

     Kini semua itu tiada lagi, engkau telah menemui cinta yang lain dan telah melupakan diriku. 

     Hanya aku yang sentiasa mengingatimu, sedangkan engkau berbahagia bersamanya. :'( mungkinkah ada lagi ruang dihatimu untukku kembali. 

     Mungkin itu hanya mimpi bagiku. Kau dan Aku tidak mungkin bersatu kembali. Tak mengapa,, jika engkau bahagia, aku juga turut bahagia. aku berdoa kepada tuhanku supaya sentiasa menjagamu walaupun engkau bukan disisiku lagi. 

     Tuhan,, jagakan dia untukku. :'( Sehingga kini aku masih lagi menyayangimu. <3

Hari Milo ;)

Hai korang semua. Hari ni aku pg 'HARI MILO' dekat sekolah adik aku,, dapat milo free,, minum milo pun free mcm mase sekolah rendah dulu, yang selalu dapat air milo kat lori milo yang datang sekolah tu. haha. *berapa banyak milo daa*. Kat situ die ade buat macam-II game, mula-II tu aku segan gak nak join game-II kat situ sebab aku tgk ramai budak-II je. hahaha. Lama-II dekat pukul 11 pagi mcm tu aku try lah join game yang cari barang-II yang die mintak, penat giler aku lari sana sini nak cari barang-II tu, yang paling susah ade ke die suruh cari 3 helai uban. hahaha,, ni memang malu. Terpaksa lah mintak uban kat auntie-II or uncle-II yg ade kat situ. Ade sorg uncle ni baik hati die tolong lah kitorang,, die derma uban die 3 helai. Hahaha tp aku taknak cabut uban tu, aku suruh budak team aku yg cabut. Pastu dah cukup semua barang2 tu,, die bg hadiah. hehe. Masa nak balik tu,, adik aku kene soal dgn abg yg kendalikan program tu. Pastu die suruh adik aku mintak tolong dekat cikgu die suruh bina pantun 2 kerat tentang 'MILO',, cikgu tu lambat sangat fikir, aku pun bg jawapan dekat adik aku. Aku suruh die bg pantun ni haa. "pegi kedai beli telor,, hari-II saya minum milo". hahaha boleh lah tu daripada takde kan. orang semua gelak je sambil tepuk tangan. then adik aku dapat sepeket MILO. Dah letih tu aku pun ajak mak aku and adik-II aku pg makan then kami balik dengan bawak hadiah MILO yang banyak tu. hahaha. BTW best sangat hari ni. Mula-II tu boring jugak,, dah last2 tu baru lahh best. Letih giler aku hari ni. :)

Sunday, 4 November 2012

Bukit Broga with Friends. :)

 ni gambar kitorang masa dekat bukit broga. dari kiri tu Zila, Indah, Aku, Nadhir dan Fikri. :)

                                                     Ni pulak Aku, Indah dan Zila.

                                                           Aku dan Zila. :)

                                                             Aku dan Zila. :)

          Yang Kecik Ni nama die Syahindah, only call indah. :)

 Yang dekat bawah ni gambar aku dgn adik angkat aku. Die ni pemalu sgt lah. haha.

    Hari ni aku nak cerita pasal aku pg BB hari tu masa 10.10.2012,, tp bukan Bukit Bintang tau, yang aku pg ni Bukit Broga ye. hehe.Aku pg dgn budak2 kelas aku and adik angkat aku. :) Ni memang first time aku naik bukit broga tu. memang curam sangat lahhh. 

    Aku naik pun tak sampai 10 minit dah tersemput2 dah. haha. Mula2 memang aku lah yang paling semangat,, jalan kat depan konon lah, sekali dah sampai kat tengah jalan, aduiii penat gilerr. Rase mcm dah tak larat nak naik agy. membe2 aku boleh plak tinggalkan aku dgn budak2 pompuan kat bawah tu. hishhh nasib lahh adik aku teman jap kat bawah tu. 

    Paling klakar nak cerita ni,, masa dekat curam tu, hanya tuhan yg tau. Aku ni dah lah gayat skit tempat tinggi tp degil nak jugak naik broga. haaa amek skali boleh plak aku menanges nak turun. hahaha. :D nasib baik membe aku tolong tarik tgn aku naik atas. Sampai kat atas tu memang tenang sgt jiwa aku, pemandangan die pun lawa. Kitorang Snap gambar pun cantik je. hihi. lepak2 jap kat atas tu dekat sejam lah. Pastu time turun aku dah tak gayat dah. Budak2 ni main gelongsor kat tepi tu,, aku takut nak gelongsor. Haha takot jatuh kang APTB kan. Lepas kitorang turun tu kitorang pg sungai tekala. Adik aku taknak terjun masa tu, so aku dgn membe aku pakat nak kene kan die tp die dah thu yg kami nak tolak die. haha. Lepas tu die berdiri je tepi sungai tu, die tak perasan aku kat belakang die mase tu, aku ape lg tolakk arhh die masuk sungai. kesiann kesejukkan adik aku tu. 

     Dalam pukul 1 tengah hari tu kami kemas2 and bertolak balik. Btw hari tu memang lepas tensyen aku nak menghadapi SPM nanti. And tu memang The Best Day aku lepak dgn budak2 kelas aku. :)

Saturday, 3 November 2012

Last Day Di SMK Engku Husain :')

    Selamat malam. :) kepada semua. malam ni aku nak cerita tentang last day aku kat sekolah pada hari khamis yg lepas, sebelum exam SPM . Aku last skolah pada 1/11/2012, tp cuma last sebagai pelajar sekolah je lah. sbb ade lg 7 hari aku akan jejak sekolah tu untuk ambil SPM. 

    Masa last day tu aku tak belajar pun,, just ambil slip peperiksaan je and mohon restu cikgu2. Lgpun special day untuk budak form5 kat sekolah tu. Hehe. terasa sedih sangat nak tinggalkan sekolah tu sebab dah 5 tahun betapa kat sekolah tu kan. banyak sangat kenangan sejak dari form1 sampai lah aku tamat form5 ni haa. sekejap jee mase tu berlalu. :( 

    Lepas je kami kemas meja and tampal slip dekat meja, kitorang berkumpul balik dekat perhimpunan. Masa salam guru kelas aku cikgu Norliza Zakaria,, die pelok aku, terharu sangat, time salam ustazah Halimaton pun,, die pelok aku. hehe. :') sebenarnye berat jugak hati nak abis skolah ni,, exited pun ade. 

    Then aku jumpe semua cikgu2 yg pernah mengajar aku, tak lupa jugak cikgu Arpah PK HEM yg sangat sporting. haha sebenarnye ramai lg cikgu, takkan semua aku nak sebut satu2 lak kan. Yang kelakar and more sporting ialah cikgu manaf  (CIKGU DISIPLIN) yang tak abis2 nak buat lawak. :D. 

     Lepas abis majlis kitorg tu, sempat lg mase balik sekolah tu kami budak2 5a5 buat revision math dgn cikgu Norliza Mat Hasim,, ni lah die kami, memang suka belajar last2 minit tp tu last kami belajar dgn cikgu tu. Semangat nak SPM lah katakan. Pastu nak balik tetibe hujan, budak2 ni boleh plak mandi hujan, tak sedar agak nye yg isnin tu nak start exam dah. 

     Tp ape pun Last day sekolah memang menyedihkan. :'( harap nanti dapat reunion balik dgn kawan2 aku tu. :) Btw selamat tinggal engku husain. tamatlah pembelajaran aku disekolah tu selama 5 tahun. :') Okay lah sampai sini dulu cerita aku. SELAMAT MALAM. ^_^


Debaran SPM 5.11.2012

Hai semua. Hari ni dah 3.11.2012 kan,, huh takut nye sebab 5.11.2012 ni aku dah start SPM. Aku agak nervous jugak lah nak pg amek exam isnin ni. Btw aku dah pun abis sekolah,, sedih nyerr dah tak dapat jumpa kawan2 aku yang dekat skolah tu. Kalau jumpa pun entah2 diorang semua dah sombong dengan aku kan. Tp aku harap diorang bukan jenis org mcm tu lah. Ape yang penting sekarang ni aku kene mempersiapkan diri nak menghadapi SPM yang bakal menentukan masa depan aku. Penting sangat ni. :) Ape2 pun doakan aku buat yang terbaik ye. Amin. Tp aku takut lah nak jawab exam sejarah dgn math sebab aku lemah sikit dalam matapelajaran tu,, hehe. harap2 je lahh aku bolehh skor due paper tu,, dapat C pun jadi lah tp kalau dapt B atau A alhamdulillah lah kan. ^_^

Entry Blog Aku . :)

Hai. Aku baru buat blog ni. Tp aku tak reti lagi nak guna. hahaha. Saje je try2 dulu. Aku belajar dulu nanti dah lama2 mesti pandai kan2. Tujuan aku buat blog ni pun sebab kadang2 aku nak kongsi cerita dgn kawan2 aku semua kan. Kira macam diary lah tp terbuka kat semua orang boleh baca. :). Blog ni masih baru dan buruk lagi sebab aku belum hias cantik2. Tunggu lah nanti kalau ade mase lapang aku hias lawa2 okay. ^_^